Saturday, April 10, 2010

<-Fadhilat Membaca Al~Quran ->


Para pengunjung yang dikasihi Allah sekalian.Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua sedikit bingkisan yang  dipetik dari laman web islamik yang popular iaitu iluvislam.com.Disini terdapat fadhilat-fadhilat membaca surah-surah tertentu dalam Al-Quran antaranya surah al-baqarah,al kahfi,yassin dan sebagainya.Diharapkan para pengunjung semua akan mengamalkannya untuk kebaikan masing-masing dan lembutkanlah lidahmu untuk membaca Al-Quran setiap masa kerana Al-Quran merupakan kalam Allah dan kunci bagi segala perkara yang terjadi diatas muka bumi Allah ini.Semoga kita akan mendapat keberkatan dan kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat..Amin..

1)Fadhilat membaca surah Al-Fatihah:-

-Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.
Diantara fadhilat indahnya..

*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.


2)Fadhilat membaca surah Al-Baqarah:-

-Ikhlaskan hatimu 
membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.

Sabda Rasulullah SAW





'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari.
(Riwayat Ibnu Hibban)


3)Fadhilat membaca surah Al-Kahfi:-

-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan 
membaca surah Al-Kahfi

Imam Ahmad berkata:"
Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda





'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)


4)Fadhilat membaca surah Yassin:-

-Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yassin Daripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda





'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)

5)Fadhilat membaca surah Ad-Dukhan:-

-Lalu bacakan lah pula Surah Ad-Dukhan
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda





'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)



6)Fadhilat membaca surah Al-Mulk:-


-Tambahi lah dengan 
membaca surah Al-Mulk
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda




'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"








7)Fadhilat membaca surah Al-Waqiah:-






-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah

Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda






'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.


8)Fadhilat membaca surah Al-Hasyar:-

-Inginkah kamu mati didalam syahid 
amalkan lah surah Al-Hasyar
Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda





'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim'kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.


9)Fadhilat membaca Asma ul-Husna:-

-Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda






'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)


Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah ilmu duniamu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.





Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.Lalu bukakan lah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya.Moga kita diberi petunjuk.

PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN
PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN


Friday, April 9, 2010

♥ PESANAN BUAT MUSLIMAH ♥



Ratuku
Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbangan hati ku ini
Takkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbangan ku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walaupun tanpa relamu

Ratuku
Kebimbangan ku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujud lagikah ratu idaman hatiku??
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku
Bukanlah ku harap kau segigih siti hawa
Yang berlari-lari antara safar dan marwa
Bukan juga sesetia ainul mardiyah
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkaulah bukan Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'ishah
Bukan juga Rabi'atul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
Cukuplah sekadar kau mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetik mu lagi
Jangan ada kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Janngan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupon kadangkala
Aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang mampu buat aku tersenyum lega
Kerana akan kutemuai
Ratu yang sebenar-benarnya ratu